//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies

Feel Free To Navigate :D

Bigfoots!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Captain-Amira
Others:   



missing her ..

assalamualaikum and a very good morning ~

 haha first time pulak au mulakan hari dengan menulis di blog ni :P tiada apa yang boleh dibuat sekarang ni, so apa lagi. peluang keemasan ni untuk update blog xD hahaha okay, nampak tittle diatas? hmm yess. im gonna write about someone who i miss the most! aku rindu dia, sangat sangat :'( mau tau siapa? hmm dialah kakak aku, KAKAK akuu. nama dia norhaini abdul main dan lahir pada 13 April 1996. kami panggil dia ndalah guna fullname dia pun. nama dia aneng :)


aneng ni salah satu cousin terdekat aku sebenarnya, kami kenal sejak kecik lagi. main sama sama, menangis sama sama, ketawa sama sama, menari, makan, bergaduh semua sama sama xD hmm, aku ada lima orang cousin termasuk aneng, and antara kelima lima kami, anenglah yang paling kakak aka paling tualah.. hhaha yaa kami pun gelar dia macam tu sebab terdapat sifat sifat kekakaan bah dalam diri dia. uisehh :)



pada tahun 2007, aneng pindah pegi beaoufort ikut mama dia. time tuula aku rasa mcam. ohh mesti lepasni tidak dapat jumpa sudah. hmm, tapi tidak :) she promised us something. dia cakap dia balik sini juga kalau dia free. haha then happylah balik. time aneng disana, boleh dikatakan every week ada ja dia call kami. aku tau kau rindu kami neng :'( and aku rasa akulah manusia paling bodoh sebab kadang2 tidak dapat layan kau time tu.. jahatnya aku! :'(



aneng ni orangnya aktif, sangat aktif. dia kapten dalam permainan hoki di sekolah dia. and dia sangat tersangat suka main futsal. memandangkan dia suka, berabis dia suruh aku untuk belajar tu benda. supaya boleh main sama sama dia bilang :') haha kau tau juga aku ni kaki bangku neng.hihi. aneng belajar di sekolah menengah weston beaufort. dia ambi aliran sains sukan disana, hahaha haa lagi satu, aneng ni brutaaal lah :O boleh dikatakan semua bestfriend dia lelaki xD


before that, tengok!  ni kami :) hihi




kenal aneng mana satu? hihi aneng yang pakai baju hijau :) kecik kan dia? hahaha yaaa dia juga paling matang antara kami xD kami bergmbar ni time kakak sepupu aku kawin. hmm bestnya time tu, kami semua ada. semuanya berkumpul :) walaupun lama nda jumpa tapi, tiada satu pun yang berubah antara kami. i miss that :(


pada hari raya 2013 aneng ada call aku. dia kestau awal awal dia mau balik kk, then tidak sangka pulak dia ada plan mau jalan sama sama. dan paling peliknya aneng balik2 sebut yang kami hangout tu boleh jadi hari yang terakhir untuk kami sama sama. aneng! :'( hmm. then kami pun setujulah tapi ada sorang yang tidak join kami time tu, adek :) hmm nda apalah, kami tetap teruskan.






chadaaaa :3 hehe ewa tiada sinilah, dia yang jadi cameraman :P haa tu aneng, di tengah :) haha rindu :') time tuu lah last kami ketawa yang memang ketawalah orang bilang. then sehari lepas tu aneng balik beaufort balik. aaaa sebelum tu, tahun ni, 2013 sebenarnya tahun memenk, ewa and aneng menduduki SPM :)


pada 2september2013, aku, ewa, adek, memenk dikejutkan dengan pemergian aneng ke hadrat Ilahi, Ya Allah :'( aneng terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan pergi sekolah,awal pagi. aneng mesti belum makan tu :'( kawan kawan dia yang lain semua okay, kecuali aneng. aku rindu aneng :'( pada haritu jugak kami direct pegi rumah aneng, beaufort. beratnya kaki melangkah masuk pergi bilik mayat tuu. tapi aku beranikan diri juga. ya Allah, kakak aku :'( dia terbaring kaku. langsung tidak bermaya, tampak sekali diwajahnya menahan kesakitan :'(


aku masuk, aku pegang tangan aneng, aku cium dahi diaa. tangan aneng sejuk. badan dia pun. dia nampak lain dari aneng yang sebelumnya, dia pucat :/ i cant even believe it was her! :'( i miss you so much :'( kami berempat berpelukan di luar bilik. neng, mesti kau nampak kami tu kan?  :')



selepas tu, kami bertolak pegi rumah aneng pula. aku minta kebenaran untuk masuk bilik aneng, hmm :) masi lagi melekat bau harum dia dalam bilik tu. hehe telephone, baju, tudung, semuanya ada sana :)  i cant hold my tears! kenapa begitu cepat neng? :'( habis jak kenduri tujuh hari, mama aneng bagi aku satu daripda baju kegemaran aneng, bersyukurnya aku :') hehe at least ada juga mengubat rindu.






ya Allah, terima kasih kerana pinjamkan aku seorang kakak yang penyayang, baik hati, cantik, dan sememangnya dia sempurna bagi aku. tempatkanlah beliau dalam kalangan mereka yang beriman, ampunilah dosa dosanya :') neng, semoga engkau tenang berada disisiNya. youll always in my heart! janji :) kalaulah kau masi ada sini sama kami, hmmm sekrg minggu spm pun mau habis sudah. mesti kau pulang sini jumpa kami tukan? yang macam kau janji tulaah, kan neng? :'( ergh.. aku sayang kau kak :'( sayang sangat sangat, ya Allah ..

(al-Fatihah)